Thursday, March 17, 2011

Empat Amalan sabar daripada Rasulullah s.a.w

1.Sabar menanggung musibah atau ujian.Terdapat pelbagai ujian yang silih berganti menimpa orang mukmin.Namun,jika mukmin itu sabar menghadapi musibah yang disertai tawakkal,pasti Allah akan membuka jalannya.Orang yang sabar mengharungi ujian akan memmperoleh pahala yang besar.



2.Sabar dalam melaksankan kewajipan.Kewajipan dalam Islam ada banyak.Antaranya mengerjakan solat lima waktu,membayar zakat,menunaikan haji apabila mampu,berpuasa di bulan Ramadhan ,dan sebagainya.Bagi mukmin yang sabar,betapa berat sekalipun kewajipan itu,ia tetap dilaksanakan dengan hati yang ikhlas untuk mendapat keredhaan Allahs.w.t.



3.Sabar menahan kezaliman orang terhadap dirinya.Terdapat banyak kezaliman yang dikenakan ke atas orang mukmin yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.Tetapi bagi mukmin yang sabar ketika menangani kezaliman tersebut,pasti dia akan termasuk di kalangan orang-orang yang dicintai Allah.



4.Sabar menanggung keniskinan dan kepapaan.Orang yang tidak sanggup menahan sabar boleh menjurus kepada mengambil jalan mudah seperti merompak,mencuri,memeras ugut,menipu,dan sebagainya.Sebaliknya,mukmin yang sabar menghadapi kemiskinan dengan cara qanaah(cukup) dengan pemberian daripada Allah akan sentiasa dilimpahi keredhaan dari-Nya.





No comments:

Post a Comment